Thursday, June 14, 2007
EDITING VIDIO - KERJA MUDAH DITUDUH SANGAT SUKAR

Ramai yang menyangka untuk menyunting Filem Video pasti memerlukan kemahiran komputer yang tinggi. Mesti memahami image-image yang asing dari pandangan mata kasar. Apatah lagi bila melihat siaran TV memaparkan gambaran-gambaran yang begitu dinamik. Hebat dan cukup mencabar. Mengkagumkan. Apalagi dengan gabunggan effect dan muzik-muzik dan bersesuaian pula dengan suasana cemas. Perpindahan satu babak ke satu babak lengkap pula Transitions. Memang menyedapkan mata menonton.
Sebenarnya andapun mampu buat semua itu. Tidak sesukar manapun. Yang pasti anda memahami langkah demi langkah melakukan kerja-kerja editing ini atau suntingan filem video ini. Sehinggalah ianya diadun dengan lagu-lagu, masukkan satu effect dari beratus-ratus yang tersedia, Pilih sendiri dari beratus-ratus Transitions yang memang turut tersedia begitu juga dengan masukkan text.
Bayangkan anda buat sendiri clip video KaraOke, meletakkan senikata lagu sambil menyusun gambar-gambar yang dipaparkan. Atau mencari seorang pengacara bercerita sepanjang Majlis Perkahwinan berlangsung.
Semua kemahiran-kemahiran yang disebut MAMPU ANDA BUAT MELALUI Toturial dari eBook Vegas Movie Studio 4. Hanya email dari Pembeli berdaftar akan dilayan setiap pertanyaan tentang Toturial Sunting Filem Video ini.
Dari gambar pegun (Still Foto) Camera Digital ke VCD/DVD
Jadikan persembahan Video dengan lebih menarik. Gambar Still Foto Kamera Digital dihimpun dan disusun dalam Vegas Movie, mampu pula diadun dengan lagu-lagu serta transitions dan effect. Pasti ianya lebih membanggakan. Adunan gambar video dan gambar still foto akan membuatkan hasil suntingan sesebuah VCD/DVD kelihatan lebih matang dan memiliki kesungguhan. Biasa berlaku bila hanya satu Video Cam nak ambil seluruh majlis perkahwinan. Dalam Majlis perkahwinan sudah pasti ramai yang bawa Camera Digital. Nah!! Itu peluang anda. Ambil semua gambar-gambar dari Camera Digital tu dan gabungkan dalam Video Perkahwinan yang akan anda siapkan.
Sekejap je… Anda pasti laris di booking untuk berpuluh-puluh Majlis Perkahwinan dalam sebulan.
Hanya antara 10 hingga 15 minit untuk siapkan satu VCD/DVD
Rahsia yang bakal dibongkar kepada pemilik eBook ini, Bagaimana nak buat sebuah VCD/DVD dengan masa yang singkat. Tak sampaipun 15 minit bekerja. Selebihnya hanya Komputer yang merendemnya.
JANGAN LEPAS PELUANG INI, YANG PASTINYA ANDA CUKUP SIBUK UNTUK MENATAP KOMPUTER BERJAM-JAM.
Anda boleh menggunakan Microsoft Word di komputer maka anda pasti boleh edit filem Video Cam dengan menggunakan Vegas Movie.
Mengambil sedutan filem dari VCD
Dari filem siap seperti Filem-Filem Melayu lama atau Melayu Baru atau apa-apa cerita Hollywood atau Bollywood atau apa sahaja cerita dari VCD/DVD. Anda boleh buat sedutan atau memotong bahagian yang anda mahu. Nak potong panjang ke atau pendek ke, atau kerja-kerja pemotongan seperti penapis filempun boleh dilakukan.
Peluang Menarik Kepada Penceramah
Biasanya golongan penceramah banyak menggunakan teknik ini. Mengambil sedutan-sedutan episod yang menarik dari filem. Pernah saya tengok penceramah menggunakan filem Si Tanggang yang derhaka, Amat menarik sekali bila menyentuh tentang derhaka kepada ibubapa maka sedutan sebahagian kecil Bagaimana Ibu Si Tanggang Berdoa dengan hati yang luluh begitu kesal sikap anaknya. Pasti meninggalkan kesan kepada audien penceramah.
eBook ini menerangkan topik khusus Bagaimana memotong filem dari VCD Panggung atau VCD filem dan menyuntingnya kembali. Ini topik baru di atas banyak permintaan yang diterima.
Pemilik Telefon Bimbit atau Peniaga Video Telefon Bimbit
Tentu banyak aksi-aksi atau petikan menarik yang ingin anda potong dan jual untuk uploud ke telefon bimbit. Ternyata juga dengan teknik ini mampu juga dilakukan.
MENGAPA VEGAS MOVIE STUDIO 4 DIPILIH UNTUK EBOOK INI

# Saiz penggunaan Hardisk kecil,
10GB cukup untuk sekeping CD
# Berbagai format lagu boleh dimasukkan termasuk MP3
# Beratus corak Transitions tersedia untuk anda pilih
# Beratus bentuk effeck sememangnya menunggu anda menggunakannya
# Berbagai corak pergerakkan Text dan ianya tidak banyak beza
dengan program editing video lain
# Dynamic dalam penghasilan Yang Paling Penting sudah pasti ianya sangat Mudah dipelajari JADIKAN ini sebagai langkah pertama untuk anda bakal bergelar Profersional di bidang Video Camera.
ATAUPUN INILAH PELUANG UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN HANDYCAM VIDEO ANDA.
BERMULA DENGAN PENUH KETAKUTAN DI MAJELIS KAHWIN YANG MERIAH
cerita bermula seawal dibangku sekolah memang saya sangat berminat dengan kamera. Dulu hanya kamera biasa saja dan ahkirnya dapat sebiji beli SLR. Yashica FX3. Ke mana sahaja pergi pasti dengan Yashica FX3 ini.
Apa yang menarik minat ini membawa kepada Video Cam. Beli Video Cam menggunakan tape DV dan seringkali upah kedai untuk jadikan VCD. Sekeping Tape untuk dijadikan VCD harganya RM60.00. Hanya cerita sahaja yang ada. Apa yang kita ambil itulah yang ada dalam VCD. Kali pertama. ke dua…ke tiga… masih rasa seronok menonton apa yang kita ambil. Lama kelamaan sangat-sangat memboringkan.
Suatu hari adalah member yang buat Hiasan Pengantin ni, minta ambil gambar Video Perkahwinan. Kerja pertama dilakukan dengan cemerlang. Pengantin lelaki dan perempuanpun seronok tengok rakamannya. 2 hari jugaklah pergi ke rumah pengantin walaupun tidak duduk sepenuhnya di Majlis itu. Sekadar datang waktu-waktu penting sahaja. Dipendekkan cerita aku dapat upah RM550.00 untuk 3 tape yang aku ambil. Tiga Tape DV maka 3 keping VCD kedai tolong buatkan kena RM 180.00. Kedai buatkan hanya gambar kosong tanpa muzik latar….tanpa Transition…..Namun ada di tulis tajuk dan nama pasangan berkahwin.
Bermula di sini saya mencari tempat untuk belajar Sunting filem DV kepada VCD. Rasanya lebih dari 7 orang yang memang kerja ambil gambar Video Perkahwinan, menyatakan tidak punya masa untuk ajar aku. Kerana kita bersungguh-sungguh mahu belajar, Tiba-tiba muncul seorang rakan tunjukkan teknik-teknik Sunting VCD hanya satu malam sahaja. Terus mampu buat. (Dia ajar bukan Vegas Movie Studio 4).
Pada hari ini, Tempahan ambil gambar Video tiba-tiba ada je…. Sekeping CD aku cuma kenakan RM150.00-RM200.00 Namun harga kebanyakan orang RM300.00 - RM450.00. Mungkin murah sangat kut harga yang aku ambil… itu yang banyak menerima tempahan.
Biasanya satu Majlis Perkahwinan kadang kala hampir 4 atau 5 keping VCD namun kebiasaannya hanya 1 atau 2 keping VCD sahaja. Kalau satu keping Harga RM200.00 tapi kalau dua dan seterusnya RM150.00 untuk satu keping VCD. Itu Harga saya.
Ada pulak tuduhan diterima.. Dia ambil harga rendah sebab Sunting VCD dibuat sendiri. Pasti tidak standart. Orang lain gambar Video dicuci di Kedai dan jadikan VCD. Mutu lebih standart. Faham sajalah VCD yang dibuat dikedai seperti diceritakan mula-mula tadi. Hanya gambar yang diambil itu saja yang ada dalam VCD.
Risik-risik tanya pengantin. “Mana you tahu booking saya untuk ambil gambar Video nii.” Jawab pengantin spontan saja, “Saya tengok VCD yang abang buat, lengkap dengan lagu, muzik tema, siap ada gambar melayang-layang lagi.” Katanya sambil tersenyum, “Sayapun ada juga Video Cam tapi cuci kat kedai untuk jadikan VCD. Kosong jelah ceritanya tak ada apa-apa effect” tambah pengantin lagi. Seperti biasa saya hanya senyum saja…..Senyum Cari Makan Beb….
Dari Pengalaman, kerja-kerja teknologi ni kalau anda mampu lakukan dengan baik…..anda akan tetap di cari.
Buat Bisness dengan Video Cam memang boleh buat Duit.
Dengan syarat anda mampu mengambil gambar dan mampu membuat suntingan DV sendiri. Cuci Gambar Video Cam ke VCD tak guna apa-apa mesinpun. Hanya sebuah Komputer dan programnya atau Installernya.
Ambillah peluang belajar dengan Suntingan Video mudah sebagaimana yang dijelas sejelas-jelasnya langkah demi langkah Toturial Vegas Movie Studio 4. Lebih menarik anda boleh bertuturial dengan penulis buku ini melalui email. Segala kesukaran dan masalah anda pasti terurai. Rasanya amat berbaloi harga yang ditawarkan untuk eBook Vegas Movie Studio edisi Bahasa Melayu ini.
SATU-SATU VERSI MELAYU DI PASARAN
eBook Vegas Movie Studio edisi Bahasa Melayu
Manual Install Vegas Movie Studio 4.
Belajar editing menggunakan program Vegas Movie Studio 4 diterangkan dengan begitu detail, langkah demi langkah bagaimana melaksanakan kerja-kerja suntingan filem video. Bagaimana anda belajar berpandukan eBook?
Langkah demi langkah diperturunkan segala-galanya bermula dan mengikut masa anda. Setiap bab akan ditunjukkan dengan detail. Syaratnya anda memiliki gambar video yang telah anda ambil lebih kurang 15 hingga 20 minit. Dari gambar video itu anda memulakan sesi pembelajaran sendiri.
Bab pertama meliputi teknik install program vegas movie. Selepas berjaya install ke kamputer anda akan ditunjukkan pula cara penggunaannya. Install segala versi handycam bergantung kepada jenis handycam yang anda gunakan. Saya percaya setiap pembelian handycam telah dibekalkan dengan manual installasi ke komputer. Gunakan itu untuk menghidupkan handycam anda ke komputer.
eBook akan menerangkan bagaimana caranya anda memasukkan lagu latar, kemudian tulisan yang nak dipaparkan dalam video seterusnya transitionnya. Lebih menarik anda ditunjukkan bagaimana cara mendelete atau memotong babak-babak yang anda mahukan atau buang. Begitu juga bagaimana menyusun babak belakang nak dibawa ke depan dan sebaliknya.
Ahkir sekali sudah pasti ditunjukkan dengan detail untuk anda pindahkan keseluruhan hasil kerja anda ke dalam VCD atau DVD.
Teknik bagaimana anda ingin memotong babak-babak dalam VCD hollywood atau bollywood atau filem melayu juga diterangkan. Apalagi kalau anda ingin menghimpunkan lagu-lagu dari MTV untuk dijadikan satu VCD/DVD.
Sememangnya belajar dengan eBook atau buku ini akan menimbulkan masalah. Berguru dengan buku sudah pasti akan ada perkara yang anda tidak faham. Waktu ini anda boleh menggunakan email yang diberikan dalam eBook tersebut untuk meleraikan kekeliruan anda. NAMUN HANYA EMAIL YANG BERDAFTAR (PEMBELI) SAHAJA DILAYAN. berniaga beb……biasalah.
Berapa sebenarnya harga untuk anda belajar dikelas editing video. Mungkin anda ada jawapan sendiri. Crue editingdvd.net juga ada menganjurkan kelas sebegini. Kami kenakan bayaran antara RM600 hingga RM1000.00 mengikut lokasi hotel kursus dijalankan. Atas permintaan rakan-rakan amatur maka eBook ini disusun.
eBook yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Keseluruhan eBook ini sudah dicuba ke atas 7 pelajar sekolah menengah antara tingkatan 2 hingga 5. Kesemua mereka mampu menghasilkan VCD/DVD sendiri. Atas keyakinan inilah maka eBook ini dipasarkan untuk semua yang ingin memilikinya.
EBOOK TOTURIAL VEGAS MOVIE 4 - PEMBELAJARAN INTERAKTIF
Jika anda memang pemilik handycam pasti ianya merupakan satu pelaburan yang berbaloi. eBook Toturial Vegas Movie 4 sudah pasti akan menyelesaikan masalah bagaimana untuk menghasilkan sebuah visual sebagaimana yang ditonton dalam tv. Itu yang mampu dilakukan. Walaupun tidak 100% jadinya begitu namun inilah permulaan untuk lakukan seperti itu.
Mengapa kami gelarkan pembelajaran Interaktif. atau Semi Interaktif. Ataupun mampu jadi full Interaktif. Jawapannya mudah. Mana ada buku-buku dipasaran offline (Kedai-kedai buku) yang anda beli dan boleh bertanya pada pengarangnya jika anda tidak faham mana-mana bahagian dalam isi kandungan. Inilah kelebihan dunia tanpa sempadan. Gunakan kesempatan ini. eBook ini akan menyediakan ruang untuk anda bertanya.
Click pages “bayaran” untuk dapatkan segala maklumat lanjut tentang pembelian eBook ini. Segalanya akan menjadi milik. Kepada yang memang memiliki akaun maybank 2U, eChennel CIMB atau mana-mana bank yang melakukan transaksi perbankkan internet anda boleh terus transfer pembayaran menggunakan akaun CIMB kami.
Peluang juga diberi kepada pembeli yang mahu membuat pembayaran melalui cek atau Wang Pos.
